Rabu, 21 September 2011

Baby looney toons disney graphics

Meniti hari-hariku di sekolah..

Senyuman murid-muridku menerjah mata. Sebelah kaki ku baru melangkah keluar dari kereta. " Selamat Pagi, cikgu"..terpacul bait-bait kata yang merangsang mood ceriaku. Hmm..Purani, Navina selamat pagi...Belum sempat ayat lain menyusul, barang di tanganku dicapai murid-murid kelas P. Moral itu. Terima kasih, hanya ayat itu terucap, namun kelibat murid-muridku sudah tiada untuk mendengarnya..mereka berlari-lari anak membawa barangku ke bilik guru.
    "Cantiknya kasut cikgu, tinggi.." Aku menoleh ke arah suara munggil itu. Ayu, murid 'home' (rumah kebajikan). "Ayu belajar le rajin-rajin kalau nak pakai kasut cantik macam cikgu" kataku. Ayu menyeringai, tersengih-sengih sambil terus memandang kasutku. Itulah 'sarapan' pagiku ketika sampai di sekolah. Keletah murid-muridku ini bagaikan enzim yang menjadi pemangkin semangatku dalam meneruskan tugasan di sekolah.



free myspace layouts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan