Murid-murid dapat mempelajari pentingnya perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum yang ada di kejiranan mereka.
yen |
MyNoor-Iza
Sabtu, 8 Oktober 2011
Simpulan Bahasa - Pilot 2011 ~ HD 720p
Jadikan sebagai ingatan kepada murid yang...
Rabu, 28 September 2011
Selasa, 27 September 2011
1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan : Bagai aur dengan tebing
Maksud : tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Perumpamaan : Bagai bunyi cempedak jatuh
Maksud : bunyi jatuh yang kuat
Perumpamaan : Bagai bulan dipagari bintang
Maksud : kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Perumpamaan : Bagai diiris dengan sembilu
Maksud : perasaan yang sangat pedih
Perumpamaan : Bagai duri dalam daging
Maksud : sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Perumpamaan : Bagai itik pulang petang
Maksud : berjalan lambat sekali
Perumpamaan : Bagai isi dengan kuku
Maksud : persahabatan yang sangat erat
Perumpamaan : Bagai kacang melupakan kulit
Maksud : orang yang tidak tahu mengenang budi
Perumpamaan : Bagai kumbang putus tali
Maksud : amat cepat; terlepas daripada sengsara
Perumpamaan : Bagai melepaskan batuk di tangga
Maksud : membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Perumpamaan : Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud : mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Perumpamaan : Bagai mencincang air
Maksud : membuat pekerjaan yang sia-sia
Perumpamaan : Bagai mural tercabut ekor
Maksud : seseorang yang becok mulutnya
Perumpamaan : Seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud : berpecah dan hilang tempat bergantung
Perumpamaan : Seperti anjing dengan kucing
Maksud : yang suka bergaduh
Perumpamaan : Seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud : orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Perumpamaan : Seperti api dalam sekam
Maksud : dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Perumpamaan : Seperti ayam berak kapur
Maksud : muka pucat dan tidak bermaya
Perumpamaan : Seperti bertih digoreng
Maksud : bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Perumpamaan : Seperti cacing kepanasan
Maksud : tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Perumpamaan : Seperti embun di hujung rumput
Maksud : kasih sayang yang tidak berkekalan
Perumpamaan : Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud : menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Perumpamaan : Seperti mencurahkan air ke daun keladi:
Maksud : memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Perumpamaan : Seperti katak di bawah tempurung:
Maksud : orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Perumpamaan : Seperti kera kena belacan
Maksud : tidak suka duduk diam
Perumpamaan : Seperti kera mendapat bunga
Maksud : seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Perumpamaan : Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud : seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain
tanpa usul periksa
Perumpamaan : Seperti langit dengan bumi
Maksud : perbezaan yang amat ketara
Perumpamaan : Seperti mengajar itik berenang mengajar
Maksud : seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Perumpamaan : Seperti pahat dengan penukul
Maksud : orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Perumpamaan : Seperti pungguk rindu akan bulan
Maksud : mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Perumpamaan : Seperti rusa masuk ke kampung
Maksud : berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada
di tempat yang baru
Perumpamaan : Seperti tikus jatuh di beras
Maksud : memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Perumpamaan : Seperti ular kena palu
Maksud : jalan atau barisan yang bengkang-bengkok
Penjodoh Bilangan
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Angkatan
|
Digunakan untuk manusia atau benda
|
Kapal terbang, polis, askar,
|
Baris
|
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
|
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
|
Batang
|
Digunakan untuk benda yang panjang
|
Kayu, galah, sungai, lilin
|
Bentuk
|
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
|
Cincin, subang, mata kail, permata
|
Berkas
|
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
|
Kayu, papan, kunci
|
Bidang
|
Digunakan untuk benda yang luas
|
Tanah, kebun, lading
|
Biji
|
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
|
Batu, cawan, telur, guli, bola
|
Bilah
|
Digunakan untuk benda yang tajam
|
Pisau, sabit, gunting, kapak
|
Buah
|
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
|
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
|
Buku
|
Digunakan untuk benda yang berbongkah
|
Sabun, roti, benang
|
1) Kata nama am terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa dan benda tidak bernyawa.
2) Benda bernyawa ialah manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.
3) Benda tidak bernyawa ialah tempat, benda dan sebagainya.
4) Contoh
Kata Nama Am
|
Contoh
|
Orang
|
abang, adik, kakak, emak, bapa, pak cik, mak cik, anak
|
Pekerjaan
|
doktor, peguam, guru, jururawat, ahli bomba, polis, tentera
|
Binatang
|
anjing, kucing, semut, ular, burung, kambing
|
Tumbuh-tumbuhan
|
bunga, pokok pisang, pokok mangga, pokok rambutan
|
Benda
|
buku, pen, pensil, lampu, bangku panjang, radio, computer
|
Tempat
|
pejabat, sungai, jalan raya, lebuh raya, sekolah, pasar
|
Buah-buahan
|
durian, rambutan, jambu batu, jambu air, betik, tembikai
|
Makanan
|
biskut, roti, nasi, kek, daging, ikan, udang, ketam
|
Sayur-sayuram
|
sawi, lobak merah, lobak putih, halia, ubi kentang,
|
Kenderaan
|
motorsikal, kereta, lori, basikal, kapal, sampan, feri
|
5) Kata nama am terdiri daripada kata nama am konkrif dan abstrak.
6) Kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada awal ayat.
1) Kata nama khas terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa dan benda tidak bernyawa.
2) Benda bernyawa ialah manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.
3) Benda tidak bernyawa ialah tempat, benda, judul buku, banguan dan sebagainya.
4) Contoh
Kata Nama Khas
|
Contoh
|
Manusia
|
John, Jack, Jeff, Azizah, Cikgu Roslan, Dr. Amir
|
Binatang
|
Si Comel (kucing), Sang Belang (harimau), Lucky (anjing)
|
Bangunan
|
Komtar, 1st Avenue, Mid Valley, KLCC, KL Suria
|
Negeri
|
Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur
|
Tempat
|
Georgetown, Taiping, Klang, Port Dickson
|
Judul Buku
|
Dewan Pelajar, Dewan Siswa,
|
Benda
|
Nokia (telefon bimbit), Honda (kereta), Sony (kamera)
|
5) Huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
1.0) Kata Ganti Diri Pertama
1.1) terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak.
1.2) Tunggal – merujuk kepada diri sendiri.
1.3) Jamak – merujuk kepada diri sendiri bersama-sama dengan orang lain
Kata Ganti Diri Pertama
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Aku
|
Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan
|
a) Aku pergi dahulu
b) Ya Allah, aku sudah insaf
|
Beta
|
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat
|
c) Beta berharap segala akan berjalan dengan lancer
|
Patik
|
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
|
d) Patik Menjunjung perintah Tuanku
|
Saya
|
Digunakan apabila bercakap dengan orang lain atau baru dikenali
|
e) Saya baru berpindah ke sini
|
Kata Jamak
| ||
Kami
|
Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang lain
|
f) Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah kata Ali dan Ahmad kepada Abu
|
Kita
|
Digunakan kepada diri sendiri dan serta orang lain
|
g) Kita harus ke sana dengan segera
|
2.0) Kata Ganti Diri Kedua
2.1) Merujuk kepada orang kedua semasa bercakap dengan kita
2.2) terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak
Kata Ganti Diri Kedua
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Anda
|
Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya
|
a) Saya berharap anda dapat menyelesaikan masalah itu
b) Anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang.
|
Awak
|
Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat
|
c) Saya hendak berjumpa dengan awak di taman
d) Awak mesti hadir ke parti hari lahir saya
|
Engkau
|
Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan
|
e) Engkau mahu dating ke rumah saya petang ini?
f) Tuhan, hanya Engkaulah diri aku serahkan
|
Kamu
|
Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
|
g) Kamu memang hebat
|
Tuanku
|
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
|
h) Patik menjunjung segala titah Tuanku
|
Kata Jamak
| ||
Kalian
|
Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap
|
i) “Kalian hendak ke mana?” tanya Ali kepada kawannya
|
3.0) Kata Ganti Diri Ketiga
3.1) Merujuk kepada orang ketiga
3.2) Setiap ganti diri ketiga harus digunakan dengan betul
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Baginda
|
Digunakan untuk raja atau sultan
|
a) Baginda sudah mangkat
|
Beliau
|
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati
|
b) Beliau ialah guru sekolah saya
|
Dia
|
Digunakan untuk orang ketiga yang umun
|
c) Dia seorang yang rajin belajar
|
Ia
|
Digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga
|
d) Ali ialag penagih dadah oleh itu, ia telah dihantar ke pusat pemulihan dadah
|
Kata Jamak
| ||
Mereka
|
Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang
|
e) Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara bola keranjang
|
4.0) Kata Ganti Diri Singkat
4.1) aku – ku
4.2) engkau – kau
4.3) kamu – mu
4.4) dia – ia atau nya
Kata Ganti Diri Singkat
|
Kedudukannya
|
Contoh
|
Kau
|
Di awal kata sahaja
|
a) pokok bunga yang kau tanam ini berbunga mekar
|
Ku
|
Di awal atau akhir kata
|
b) Akan kuhabiskan makanan ini
c) inilah maksudku
|
Mu
|
Di akhir kata sahaja
|
d) Adakah kuih itu kepunyaanmu?
|
Nya
|
Di akhir kata sahaja
|
e) kucingnya sangat comel
|
) Kata Ganti Tanya
5.1) Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
Kata Ganti Tanya
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Apa
|
Digunakan untuk menanyakannama binatang dan benda
|
a) Apakah nama kucing kamu?
b) Apakah benda itu?
c) Nama binatang itu apa?
d) Itu apa
|
Mana
|
Digunakan untuk menanykanmanusia,binatang dan tempat
|
e) Manakah kamu tinggal?
f) Ibumu dari mana?
g) Kucingmu mana?
h) Di manakah tempat persiaran di kawasan kamu?
|
Siapa
|
Digunakan untuk menanyakanorang atau nama orang
|
i) Siapajah lelaki itu?
j) Siapakah nama kamu?
|
Berapa
|
Digunakan untuk menanyakanbilangan
|
k) Ikan ini berapa harga sekilo?
l) Berapakah orang pergi nanti?
|
Bagaimana
|
Digunakan untuk menanyakan caraatau keadaan
|
m) Bagaimana keadaan kamu sekarang?
n) Bagaimanakah hendak memasak kari sesedap ini?
|
Bila
|
Digunakan untuk menanyakan masa
|
o) Bilakah kamu akan sampai
p) Bilakah kamu akan membeli rumah?
|
Mengapa
|
Digunakan untuk menanyakansebab
|
q) Mengapakah mereka tidak membuat kerja rumah
|
Kata Ganti Tempat
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Sini
|
Digunakan untuk tempat yang dekat
|
a) Di sini bola itu berada
|
Sana
|
Digunakan untuk tempat yang jauh
|
b) Di sana ialah rumah Amir
|
Situ
|
Digunakan untuk tempat yang jauh, tetapi tidak sejauh sana
|
c) Di situ ialah rumah saya
|
Kata Ganti Tunjuk
|
Contoh
|
Ini
|
a) Ini buah oren
|
Itu
|
b) Itu rumah saya
|
Penentu akan diletakan di belakang kata nama
|
c) Kami tinggal di rumah ini
d) Bunga itu
|
1) Kata bilangan digunakan untuk mengira atau menghitung
sesuatu
sesuatu
Kata Bilangan
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Tentu
|
Mengira sesuatu yang tentu
|
Satu, dua, seratus, seribu, lima juta
|
Tak Tentu
|
Mengagak sesuatu yang tidak pasti
|
Beberapa, sesetengah, semua, separuh, segala, sekalian, para
|
Pecahan
|
Mengira sesuatu yang dipotong kepada beberapa bahagian atau air
|
Satu per empat, setengah, separuh, suku,
|
Pisahan
|
Mengira sesuatu yang diasingkan
|
Setiap, masing-masing, tiap-tiap
|
Himpunan
|
Mengira sesuatu yang disimpan atau dikumpul
|
Berminggu-minggu, bertahun-tahun, ribuan, ketiga-tiga
|
Tingkat
|
Mengira perbezaan darjat
|
Pertama, kedua, ketiga,
|
Tanya
|
Untuk menanya harga
|
berapa
|
1) Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
2) Contohnya
Kata Seru
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
Aduh
|
Menyatakan perasaan sakit atau kagum
|
a) Aduh, sakitnya kaki aku!
b) Aduh, besarnya rumah kamu!
|
Aduhai
|
Menyatakan perasaan sedih
|
c) Aduhai, malang sungguh nasibku!
|
ah
|
Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
|
d) Ah, aku tidak mahu pergi lagi!
|
Hai
|
Menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang
|
e) Hai, apa khabar kamu sekeluarga!
f) Hai, di mana kamu selama ini!
|
Eh
|
Menyatakan perasaan hairan atau terkejut
|
g) Eh, rupa-rupanya ialah kamu!
|
Nah
|
Untuk menarik perhatian
|
h) Nah, ambillah pen ini!
|
Oh
|
Menyatakan perasaan kecewa,hairan,terkejut gembira dan mengharap
|
i) Oh, sanggup kamu melukai hatiku!
|
Wahai
|
Menyatakan perasaan sedih atau menarik perthatian
|
j) Wahai teman, janganlah bersedih lagi!
|
Wah/Amboi
|
Menyatakan perasaan hairan atau kagum
|
k) Amboi, cantiknya rumah kamu!
l) Amboi, tingginya lelaki itu!
|
cis/cih
|
menyatakan perasaan marah dan benci
|
m) Cis, berani dia membuli kamu!
n) Cih, mereka tidak kenal siapa aku!
|
1) Menceritakan atau memerikan subjek dalam sesuatu ayat
2) Terdiri daripada kata adalah dan ialah
3) Adalah terletak selepas frasa nma adjektif ata frasa sendi yang menjadikan predikat ayat
4) Ialah terletak selepas frasa nama yang menjadi subjek ayat
5) Contoh
a) kereta itu adalah hadiah dari bapa saya
b) Kami ialah anak kembar Encik Ali dan Puan Siti
1) Digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan
2) Terdiri daripada kata bukan dan tidak
3) Bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
4) Tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
5) Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara
6) Contoh:
a) Lelaki yang berbaju biru itu bukan ayah saya
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat
c) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar
2) Contoh:
a) Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
b) Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
c) Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)
3) Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
a) Kata hubung gabungan
b) Kata hubung pancangan
c) Kata hubung berpasangan
Kata Hubung Gabungan
|
Contoh
|
Atau
|
Saya hendak makan mee atau nasi lemak
|
Dan
|
Saya dan adik bermain di taman
|
Lalu
|
Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
|
Lantas
|
Saya bangun malas dan lantas ke dapur
|
Sambil
|
Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
|
Maka
|
Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn keluarlah
|
Serta
|
Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
|
Tetapi
|
Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
|
Sebab
|
Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
|
Kalau
|
Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
|
Supaya
|
Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
|
Kemudian
|
Sila baca soalan kemudian mula menjawab
|
Malahan
|
Saya disini baik sahaja malahan kamu
|
bahkan
|
Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih kuat lagi
|
Kata Hubung Pancangan
|
Contoh
|
Agar
|
Saya berharap agarkamu dapat dating
|
Apabila
|
Saya terkejut apabila mendengar berita itu
|
Bahawa
|
Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
|
Biarpun
|
Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini
|
Hingga
|
Saya belajar hingga ke peringkat universiti
|
Jika
|
Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
|
Kecuali
|
Jawab semua soalan kecuali soalan dua
|
Kerana
|
Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
|
Ketika
|
Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
|
Lantaran
|
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
|
Manakala
|
Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
|
Meskipun
|
Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan
|
Sebelum
|
Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
|
Sejak
|
Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
|
Sehingga
|
Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolahsehingga habis
|
Sekiranya
|
Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
|
Selagi / seraya
|
Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
|
Semenjak
|
Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
|
Sementara
|
Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan SPM
|
Setelah
|
Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
|
Selama
|
Selama ini saya mencari kamu
|
Tatkala
|
Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
|
Walaupun
|
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
|
Sungguhpun
|
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
|
Yang
|
Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
|
Jikalau
|
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
|
Andai
|
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
|
Untuk
|
Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu
|
Kata Hubung Berpasangan
|
Contoh
|
Baik…ataupun
|
Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul
|
Baik…baik
|
Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
|
Baik…mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
|
Bukan saja…bahkan juga
|
Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah
|
Bahkan saha…tetapi juga
|
Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar
|
Jangankan…pun
|
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.
|
Sedangkan…apatah lagi
|
Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya
|
Semakin…semakin
|
Encik Ali semakin kaya semakinpemurah
|
Sungguhpun…namun
|
Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagal
|
Sungguhpun...tetapi
|
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari
|
walaupun...namun
|
Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha
|
sedangkan...inikan pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut
|
Sama ada…ataupun
|
Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah
|
Kian…kian
|
Kian lama kian banyak orang ke sana
|
Entah…entah
|
Khabar anghin itu entah betul entah tidak
|
Bukan…sahaja malah
|
Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
|
Kata Bilangan
Kata bilangan digunakan untuk mengira atau menghitung sesuatu
Kata Bilangan
|
Kegunaan
|
Contoh
|
Tentu
|
Mengira sesuatu yang tentu
|
Satu, dua, seratus, seribu, lima juta
|
Tak Tentu
|
Mengagak sesuatu yang tidak pasti
|
Beberapa, sesetengah, semua, separuh, segala, sekalian, para
|
Pecahan
|
Mengira sesuatu yang dipotong kepada beberapa bahagian atau air
|
Satu per empat, setengah, separuh, suku,
|
Pisahan
|
Mengira sesuatu yang diasingkan
|
Setiap, masing-masing, tiap-tiap
|
Himpunan
|
Mengira sesuatu yang disimpan atau dikumpul
|
Berminggu-minggu, bertahun-tahun, ribuan, ketiga-tiga
|
Tingkat
|
Mengira perbezaan darjat
|
Pertama, kedua, ketiga,
|
Tanya
|
Untuk menanya harga
|
berapa
|
Kata Adjektif
1) digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda,orang,tempat dan sebagainya
2) kita boleh mengujinya dengan kata penguat sepertiamat,paling,sangat
3) Contoh: Rumah itu amat besar
4) Kata penguat dapat diletakkan di belakang atau di depan kata adjektif
Keterangan
|
Contoh
|
Sifat keadaan
|
Kaya,miskin, sihat, takut, cerdik, berani, sakit
|
Sifat warna
|
Merah,ungu, biru, kuning, hijau, putih, hitam
|
Sifat ukuran
|
Besar, kecil, tinggi, rendah, panjang, pendek, tebal, nipis
|
Sifat bentuk
|
Bulat, lurus, senget, kempis, segi empat, segi lima
|
Sifat jarak
|
Jauh, dekat, hamper, nyaris
|
Sifat waktu
|
Pagi, petang, malam, lama, lewat, awal, baru, lama, segera
|
Sifat perasaan
|
Sedih, ketawa, gembira, benci, rindu, marah, saying, malu
|
Sifat cara
|
Mahir, lambat, fasih, cepat, vermat, deras
|
Sifat pancaindera
|
Manis, masin, masam, pahit, pedas, licin, kesat, harum
|
Langgan:
Catatan (Atom)