www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Rabu, 28 September 2011

ANAK-ANAK MURID KU SEMASA SESI P&P....
Flowers glitter graphics







                               
Elemen TMK digunakan..

Bahan-bahan bacaan dalam kotak kitar semula..


Selasa, 27 September 2011

                 





1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan  umpama.
3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut. 

Perumpamaan  : Bagai aur dengan tebing
Maksud            : tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Perumpamaan  : Bagai bunyi cempedak jatuh
Maksud            : bunyi jatuh yang kuat
Perumpamaan  : Bagai bulan dipagari bintang
Maksud            : kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Perumpamaan   : Bagai diiris dengan sembilu
Maksud            : perasaan yang sangat pedih
Perumpamaan   : Bagai duri dalam daging
Maksud            : sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Perumpamaan  :  Bagai itik pulang petang
Maksud            :  berjalan lambat sekali
Perumpamaan   : Bagai isi dengan kuku
Maksud            :  persahabatan yang sangat erat
Perumpamaan   : Bagai kacang melupakan kulit          
Maksud            :  orang yang tidak tahu mengenang budi
Perumpamaan   : Bagai kumbang putus tali
Maksud            :  amat cepat; terlepas daripada sengsara
Perumpamaan   : Bagai melepaskan batuk di tangga
Maksud            :  membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Perumpamaan   : Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud            :  mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Perumpamaan   : Bagai mencincang air
Maksud            :  membuat pekerjaan yang sia-sia
Perumpamaan   : Bagai mural tercabut ekor
Maksud            :  seseorang yang becok mulutnya
Perumpamaan   : Seperti anak ayam kehilangan ibu
Maksud            :  berpecah dan hilang tempat bergantung
Perumpamaan   : Seperti anjing dengan kucing
Maksud            :  yang suka bergaduh
Perumpamaan   : Seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud            :  orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Perumpamaan   : Seperti api dalam sekam
Maksud            :  dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Perumpamaan   : Seperti ayam berak kapur
Maksud            :  muka pucat dan tidak bermaya
Perumpamaan   : Seperti bertih digoreng
Maksud            :  bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Perumpamaan   : Seperti cacing kepanasan
Maksud            :  tidak diam atau tenang; selalu gelisah
Perumpamaan   : Seperti embun di hujung rumput
Maksud            :  kasih sayang yang tidak berkekalan
Perumpamaan   : Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud            :  menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Perumpamaan   : Seperti mencurahkan air ke daun keladi:
Maksud            :  memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Perumpamaan   : Seperti katak di bawah tempurung:
Maksud            : orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Perumpamaan   : Seperti kera kena belacan
Maksud            :  tidak suka duduk diam
Perumpamaan   : Seperti kera mendapat bunga
Maksud            : seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Perumpamaan   : Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud            : seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain
                           tanpa usul periksa
Perumpamaan   : Seperti langit dengan bumi
Maksud            :  perbezaan yang amat ketara
Perumpamaan   : Seperti mengajar itik berenang mengajar
Maksud            :  seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Perumpamaan   : Seperti pahat dengan penukul
Maksud            : orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Perumpamaan   : Seperti pungguk rindu akan bulan
Maksud            :  mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Perumpamaan  :  Seperti rusa masuk ke kampung
Maksud           :   berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada
                            di tempat yang baru    
Perumpamaan   :  Seperti tikus jatuh di beras
Maksud            :   memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Perumpamaan   :  Seperti ular kena palu
Maksud            :   jalan atau barisan yang bengkang-bengkok








Penjodoh Bilangan
Kegunaan
Contoh
Angkatan
Digunakan untuk manusia atau benda
Kapal terbang, polis, askar,
Baris
Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris
Orang, rumah, pokok, pemadam, gigi
Batang
Digunakan untuk benda yang panjang
Kayu, galah, sungai, lilin
Bentuk
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk
Cincin, subang, mata kail, permata
Berkas
Digunakan untuk benda yang diikat bersama-sama
Kayu, papan, kunci
Bidang
Digunakan untuk benda yang luas
Tanah, kebun, lading
Biji
Digunakan untuk buah, sayur-sayuran atau benda yang kecil
Batu, cawan, telur, guli, bola
Bilah
Digunakan untuk benda yang tajam
Pisau, sabit, gunting, kapak
Buah
Digunakan untuk benda yang besar dan padu yang tidak menentu
Peti sejuk, almari, radio, taman, kereta, motorsikal, rumah
Buku
Digunakan untuk benda yang berbongkah
Sabun, roti, benang


1) Kata nama am terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa dan benda tidak bernyawa.
2) Benda bernyawa ialah manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.
3) Benda tidak bernyawa ialah tempat, benda dan sebagainya.
4) Contoh
Kata Nama Am
Contoh 
Orang    
abang, adik, kakak, emak, bapa, pak cik, mak cik, anak
Pekerjaan  
doktor, peguam, guru, jururawat, ahli bomba, polis, tentera
Binatang  
anjing, kucing, semut, ular, burung, kambing
Tumbuh-tumbuhan
bunga, pokok pisang, pokok mangga, pokok rambutan
Benda
buku, pen, pensil, lampu, bangku panjang, radio, computer
Tempat  
pejabat, sungai, jalan raya, lebuh raya, sekolah, pasar    
Buah-buahan
durian, rambutan, jambu batu, jambu air, betik, tembikai 
Makanan
biskut, roti, nasi, kek, daging, ikan, udang, ketam
Sayur-sayuram
sawi, lobak merah, lobak putih, halia, ubi kentang,
Kenderaan
motorsikal, kereta, lori, basikal, kapal, sampan, feri  























5) Kata nama am terdiri daripada kata nama am konkrif dan abstrak.
6) Kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada awal ayat.







1) Kata nama khas terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu benda bernyawa dan benda tidak bernyawa.

2) Benda bernyawa ialah manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.

3) Benda tidak bernyawa ialah tempat, benda, judul buku, banguan dan sebagainya.

4) Contoh

  
Kata Nama Khas
Contoh
Manusia
John, Jack, Jeff, Azizah, Cikgu Roslan, Dr. Amir
Binatang
Si Comel (kucing), Sang Belang (harimau), Lucky (anjing)
Bangunan
Komtar, 1st Avenue, Mid Valley, KLCC, KL Suria
Negeri
Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur
Tempat
Georgetown, Taiping, Klang, Port Dickson
Judul Buku
Dewan Pelajar, Dewan Siswa,
Benda
Nokia (telefon bimbit), Honda (kereta), Sony (kamera)
5) Huruf pertama ditulis dengan huruf besar.





1.0)            Kata Ganti Diri Pertama
1.1)            terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak.
1.2)            Tunggal – merujuk kepada diri sendiri.
1.3)            Jamak – merujuk kepada diri sendiri bersama-sama dengan orang lain
Kata Ganti Diri Pertama
Kegunaan
Contoh
Aku
Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan
a)      Aku pergi dahulu
b)      Ya Allah, aku sudah insaf
Beta
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat
c)      Beta berharap segala akan berjalan dengan lancer
Patik
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
d)  Patik Menjunjung perintah Tuanku
Saya
Digunakan apabila bercakap dengan orang lain atau baru dikenali
e)  Saya baru berpindah ke sini
Kata Jamak


Kami
Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang lain
f)   Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah kata Ali dan Ahmad kepada Abu
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan serta orang lain
g)   Kita harus ke sana dengan segera



2.0)            Kata Ganti Diri Kedua
2.1)            Merujuk kepada orang kedua semasa bercakap dengan kita
2.2)            terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak
Kata Ganti Diri Kedua
Kegunaan
Contoh
Anda
Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya
a)      Saya berharap anda dapat menyelesaikan masalah itu
b)      Anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang.
Awak
Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat
c)      Saya hendak berjumpa dengan awak di taman
d)      Awak mesti hadir ke parti hari lahir saya
Engkau
Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan
e)      Engkau mahu dating ke rumah saya petang ini?
f)       Tuhan, hanya Engkaulah diri aku serahkan
Kamu
Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
g)      Kamu memang hebat
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
h)      Patik menjunjung segala titah Tuanku
Kata Jamak


Kalian
Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap
i)  “Kalian hendak ke mana?” tanya Ali kepada kawannya




3.0)            Kata Ganti Diri Ketiga
3.1)            Merujuk kepada orang ketiga
3.2)            Setiap ganti diri ketiga harus digunakan dengan betul
Kata Ganti Diri Ketiga
Kegunaan
Contoh
Baginda
Digunakan untuk raja atau sultan
a) Baginda sudah mangkat
Beliau
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati
b) Beliau ialah guru sekolah saya
Dia
Digunakan untuk orang ketiga yang umun
c) Dia seorang yang rajin belajar
Ia
Digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga
d) Ali ialag penagih dadah oleh itu, ia telah dihantar ke pusat pemulihan dadah
Kata Jamak


Mereka
Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang
e) Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara bola keranjang



4.0)            Kata Ganti Diri Singkat
4.1)            aku – ku
4.2)            engkau – kau
4.3)            kamu – mu
4.4)            dia – ia atau nya
Kata Ganti Diri Singkat
Kedudukannya
Contoh
Kau
Di awal kata sahaja
a) pokok bunga yang kau tanam ini berbunga mekar
Ku
Di awal atau akhir kata
b) Akan kuhabiskan makanan ini
c) inilah maksudku 
Mu
Di akhir kata sahaja
d) Adakah kuih itu kepunyaanmu?
Nya
Di akhir kata sahaja
e) kucingnya sangat comel











)            Kata Ganti Tanya
5.1)            Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat
Kata Ganti Tanya
Kegunaan
Contoh
Apa
Digunakan untuk menanyakannama binatang dan benda
a)      Apakah nama kucing kamu?
b)      Apakah benda itu?
c)      Nama binatang itu apa?
d)      Itu apa
Mana
Digunakan untuk menanykanmanusia,binatang dan tempat
e)      Manakah kamu tinggal?
f)       Ibumu dari mana?
g)      Kucingmu mana?
h)      Di manakah tempat persiaran di kawasan kamu?
Siapa
Digunakan untuk menanyakanorang atau nama orang
i)        Siapajah lelaki itu?
j)        Siapakah nama kamu?
Berapa
Digunakan untuk menanyakanbilangan
k)     Ikan ini berapa harga sekilo?
l)        Berapakah orang pergi nanti? 
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan caraatau keadaan
m)    Bagaimana keadaan kamu sekarang?
n)      Bagaimanakah hendak memasak kari sesedap ini?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa
o)      Bilakah kamu akan sampai
p)      Bilakah kamu akan membeli rumah?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakansebab
q)      Mengapakah mereka tidak membuat kerja rumah









Kata Ganti Tempat
Kegunaan
Contoh
Sini
Digunakan untuk tempat yang dekat
a) Di sini bola itu berada
Sana
Digunakan untuk tempat yang jauh
b) Di sana ialah rumah Amir
Situ
Digunakan untuk tempat yang jauh, tetapi tidak sejauh sana
c) Di situ ialah rumah saya





Kata Ganti Tunjuk
Contoh
Ini
a) Ini buah oren
Itu
b) Itu rumah saya
Penentu akan diletakan di belakang kata nama
c)      Kami tinggal di rumah ini
d)      Bunga itu












1)      Kata bilangan digunakan untuk mengira atau menghitung
         sesuatu
Kata Bilangan
Kegunaan
Contoh
Tentu
Mengira sesuatu yang tentu
Satu, dua, seratus, seribu, lima juta
Tak Tentu
Mengagak sesuatu yang tidak pasti
Beberapa, sesetengah, semua, separuh, segala, sekalian, para
Pecahan
Mengira sesuatu yang dipotong kepada beberapa bahagian atau air
Satu per empat, setengah, separuh, suku,
Pisahan
Mengira sesuatu yang diasingkan
Setiap, masing-masing, tiap-tiap
Himpunan
Mengira sesuatu yang disimpan atau dikumpul
Berminggu-minggu, bertahun-tahun, ribuan, ketiga-tiga
Tingkat
Mengira perbezaan darjat
Pertama, kedua, ketiga,
Tanya
Untuk menanya harga
berapa






1)      Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
2)      Contohnya




Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
Aduh
Menyatakan perasaan sakit atau kagum
a)      Aduh, sakitnya kaki aku!
b)      Aduh, besarnya rumah kamu!
Aduhai
Menyatakan perasaan sedih
c)      Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
d)      Ah, aku tidak mahu pergi lagi!
Hai
Menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang
e)      Hai, apa khabar kamu sekeluarga!
f)       Hai, di mana kamu selama ini!
Eh
Menyatakan perasaan hairan atau terkejut
g)      Eh, rupa-rupanya ialah kamu!
Nah
Untuk menarik perhatian
h)      Nah, ambillah pen ini!
Oh
Menyatakan perasaan kecewa,hairan,terkejut gembira dan mengharap
i)        Oh, sanggup kamu melukai hatiku!
Wahai
Menyatakan perasaan sedih atau menarik perthatian
j)        Wahai teman, janganlah bersedih lagi!
Wah/Amboi
Menyatakan perasaan hairan atau kagum
k)     Amboi, cantiknya rumah kamu!
l)        Amboi, tingginya lelaki itu!
cis/cih
menyatakan perasaan marah dan benci
m)    Cis, berani dia membuli kamu!
n)      Cih, mereka tidak kenal siapa aku!





1)      Menceritakan atau memerikan subjek dalam sesuatu ayat
2)      Terdiri daripada kata adalah dan ialah
3)      Adalah terletak selepas frasa nma adjektif ata frasa sendi yang menjadikan predikat ayat
4)      Ialah terletak selepas frasa nama yang menjadi subjek ayat
5)      Contoh
a)      kereta itu adalah hadiah dari bapa saya
b)      Kami ialah anak kembar Encik Ali dan Puan Siti






1)      Digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan
2)      Terdiri daripada kata bukan dan tidak
3)      Bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
4)      Tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif
5)      Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara
6)      Contoh:
a)      Lelaki yang berbaju biru itu bukan ayah saya
b)      Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat
c)      Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar





1)      
Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat



2)      Contoh:
a)      Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
b)      Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
c)      Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)
3)      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
a)      Kata hubung gabungan
b)      Kata hubung pancangan
c)      Kata hubung berpasangan
Kata Hubung Gabungan
Contoh
Atau
Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan
Saya dan adik bermain di taman
Lalu
Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas
Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil
Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka
Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn keluarlah
Serta
Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi
Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab
Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau
Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya
Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian
Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan
Saya disini baik sahaja malahan kamu
bahkan
Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih kuat lagi

Kata Hubung Pancangan
Contoh
Agar
Saya berharap agarkamu dapat dating
Apabila
Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa
Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
Biarpun
Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini
Hingga
Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika
Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
Kecuali
Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana
Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika
Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
Lantaran
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala
Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
Meskipun
Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan
Sebelum
Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
Sejak
Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
Sehingga
Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolahsehingga habis
Sekiranya
Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
Selagi / seraya
Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak
Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
Sementara
Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan SPM
Setelah
Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
Selama
Selama ini saya mencari kamu
Tatkala
Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
Sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
Yang
Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
Jikalau
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
Andai
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk
Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu










Kata Hubung Berpasangan
Contoh
Baik…ataupun
Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul
Baik…baik
Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
Baik…mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Bukan saja…bahkan juga
Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah
Bahkan saha…tetapi juga
Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar
Jangankan…pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.
Sedangkan…apatah lagi
Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya
Semakin…semakin
Encik Ali semakin kaya semakinpemurah
Sungguhpun…namun
Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagal
Sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari
walaupun...namun
Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut
Sama ada…ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah
Kian…kian
Kian lama kian banyak orang ke sana
Entah…entah
Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Bukan…sahaja malah
Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.







Kata Bilangan

Kata bilangan digunakan untuk mengira atau menghitung sesuatu
Kata Bilangan
Kegunaan
Contoh
Tentu
Mengira sesuatu yang tentu
Satu, dua, seratus, seribu, lima juta
Tak Tentu
Mengagak sesuatu yang tidak pasti
Beberapa, sesetengah, semua, separuh, segala, sekalian, para
Pecahan
Mengira sesuatu yang dipotong kepada beberapa bahagian atau air
Satu per empat, setengah, separuh, suku,
Pisahan
Mengira sesuatu yang diasingkan
Setiap, masing-masing, tiap-tiap
Himpunan
Mengira sesuatu yang disimpan atau dikumpul
Berminggu-minggu, bertahun-tahun, ribuan, ketiga-tiga
Tingkat
Mengira perbezaan darjat
Pertama, kedua, ketiga,
Tanya
Untuk menanya harga
berapa





Kata Adjektif
1)      digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda,orang,tempat dan sebagainya
2)      kita boleh mengujinya dengan kata penguat sepertiamat,paling,sangat
3)      Contoh: Rumah itu amat besar
4)      Kata penguat dapat diletakkan di belakang atau di depan kata adjektif
Keterangan
Contoh
Sifat keadaan
Kaya,miskin, sihat, takut, cerdik, berani, sakit
Sifat warna
Merah,ungu, biru, kuning, hijau, putih, hitam
Sifat ukuran
Besar, kecil, tinggi, rendah, panjang, pendek, tebal, nipis
Sifat bentuk
Bulat, lurus, senget, kempis, segi empat, segi lima
Sifat jarak
Jauh, dekat, hamper, nyaris
Sifat waktu
Pagi, petang, malam, lama, lewat, awal, baru, lama, segera
Sifat perasaan
Sedih, ketawa, gembira, benci, rindu, marah, saying, malu
Sifat cara
Mahir, lambat, fasih, cepat, vermat, deras
Sifat pancaindera
Manis, masin, masam, pahit, pedas, licin, kesat, harum