www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Sabtu, 24 September 2011

myspace layouts
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh   hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus -putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi.
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
  a. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
  b. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
  c. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
  d. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
  a. menakutkan
  b. menggemparkan
  c. menghairankan
  d. menyeronokkan

3.Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
  a.ular sawa menelan gajah
  b.ular sawa menelan kambing
  c.ular sawa menelan ayam
  d.ular sawa menelan manusia

4. Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
  a.Denda sehingga RM3 000
  b.Dikenakan hukuman penjara.
  c.Dihukum penjara dan denda RM3 000
  d.Denda RM3 000 atau dihukum penjara 5tahun

5.Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
  a.hukumannya sangat berat.
  b.ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
  c.kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
  d.kita boleh dihukum penjara.


myspace comments
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

         Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.

        Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.

       Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.

       Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

6 Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud
 a.berlawan
 b.bersaing
 c.beriringan
 d.berkejar-kejaran
myspace layouts images
 7 Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?
  a.Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
  b.John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
  c.Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
  d.Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR        sekolah mereka.

8 Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali
  a.bermain
  b.belajar
  c.menolong ibu bapa
  d.menyelesaikan masalah

9. Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang baik, kecuali
  a.anak emas
  b.ringan tulang
  c.ringan mulut
  d.masam muka

10. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?
  a.Bakal Pelajar Terbaik UPSR
  b.Sikap Yang Harus Diteladani
  c.ringan mulut
  d.Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba
www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Tiada ulasan:

Catat Ulasan