www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Sabtu, 24 September 2011


Simpulan Bahasa 
 Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan. 
 1.Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
 A buah mulut 
 B buah hati 
 C buah tangan 
 D buah fikiran 

 2.Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ . 
 A mati kutu 
 B mati lemas 
 C mati katak
 D mati syahid 

 3.Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri. 
 A air muka 
 B darah daging 
 C gaji buta 
 D titik peluh

 4.Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
 A gelap mata 
 B mulut tempayan 
 C kepala angin 
 D cepat tangan 

 5.Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________. 
 A beralih akal
 B mencuci mata 
 C mencari jalan 
 D beralih angin

 6._________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula. 
 A Salah langkah 
 B Langkah kanan 
 C Langkah seribu
 D Langkah kiri

 7.Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya. 
 A besar kepala 
 B besar hati
 C bekas tangan 
 D beri muka

 8.Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya. 
 A cahaya mata 
 B banyak mulut 
 C hidung tinggi
 D tahi lalat

 9.Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya. 
 A tawar hati 
 B sampai hati 
 C iri hati
 D buta hati 

 10.Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah. 
 A ikat perut 
 B makan besar 
 C alas perut 
 D makan angin 

 11.Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________. 
 A muka tembok 
 B ringan tulang 
 C berat tulang
 D kera sumbang 

 12.Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
 A buah hati 
 B ayam tambatan 
 C anak angkat
 D kaki bangku 

 13.Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
 A berat mulut 
 B batu api 
 C hidung tinggi
 D berat sebelah 

 14.Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap. 
 A kacang hantu 
 B kaki botol
 C makan suap 
 D berat sebelah 

 15.Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian. 
 A otak cair 
 B putih mata
 C kaki ayam 
 D murah hati 

 16.Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
 A telinga lintah 
 B rabun ayam
 C puteri lilin 
 D rambang mata 

 17.Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
 A nyawa-nyawa ikan
 B lintah darat 
 C buruk siku
 D cakar ayam 

 18.Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali. 
 A otak mereng
 B otak udang 
 C otak cair
 D otak kancil

 19._______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah. 
 A Naik angin 
 B Pasang telinga
 C Perang mulut 
 D Mulut murai 

 20.Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang. 
 A telinga nipis 
 B terang hati 
 C tidur-tidur ayam
 D titik peluh www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wsmyspace glitters


Tiada ulasan:

Catat Ulasan