www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Sabtu, 24 September 2011

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU?
1. Baca semua soalan yang diberi:

  • Fahami arahan kehendak soalan.
  • Kenal pasti format yang perlu digunakan.
  • Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan:

  • susun isi secara berturutan
  • letak isi mengikut perenggan
  • memberi huraian yang tepat kepada isi.
  • sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:

  • ada menggunakan perkataan yang terkini
  • elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
  • penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
  • elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas:

  • elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
  • guna ayat yang pendek tetapi lengkap
  • kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:

  • gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
  • gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:

  • dapat membezakan imbuhan an dan kan
  • guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

7. Tulis mengikut ejaan yang betul:

  • elak mengikut sebutan dialek / daerah
  • elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )
PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG MARKAH
A. Kesalahan memilih tajuk

  • Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
myspace layouts

C. Pembahagian perenggan



D. Tidak merangka karangan



E. Kesalahan tatabahasa



F. Kesuntukan masa



  • Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.
  • Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

G. Kesalahan lain

  • Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
  • Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
  • Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )



Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.
A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.

  • SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
  • BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.
B. Salah Menggunakan Perkataan
dari dan daripada
SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu.BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu.Nota Cikgu: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak.BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak.Nota Cikgu: Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.untuk , supaya dan selama

  • SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur.
  • BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.
  • SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong.
  • BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong.
  • SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor.
  • BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor.
  • SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.
  • BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.
  • SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu.
  • BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu.
  • SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsunguntuksatu jam.
  • BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsungselama satu jam.
adalah dan ialah

  • BETULAdalahdengan hormatnya dimaklumkan ………….
  • SALAHDenganhormatnya dimaklumkan ……………….
  • BETULTuduhan itu adalah fitnah belaka.
  • SALAHTuduhan itu fitnah belaka.
  • SALAHKeperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
  • BETULKeperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

bila dan apabila

  • SALAHZainal pun bangun bila namanya dipanggil.
  • BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.
  • SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
  • BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para

  • SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.
  • BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.
  • SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.
  • BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.
  • SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
  • BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
  • SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
  • BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
  • SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikanhadiah-hadiah pemenang-pemenang.
  • BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikanhadiah pemenang-pemenang.

yang dan bahawa

  • SALAHHasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.
  • BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
  • SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.
  • BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama

  • SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
  • BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini.
  • SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
  • BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

kata ganti "dia" dan "ia"

Nota : kata ganti 
"dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja.Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalahdan sebagainya.
  • SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
  • BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.
  • SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.
  • BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana

  • SALAHBaju apa yang kamu pakai ?
  • BETUL: Baju mana yang kamu pakai ?
  • SALAH: Mana katanya betul belaka.
  • BETUL: Apa katanya betul belaka.
  • SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?
  • BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?




penjodoh bilangan

  • SALAHIbunya seorangyang baik hati.
  • BETUL: Ibunya baik hati.
  • SALAHAmran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.
  • BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada dan kepada
SALAH: Beri surat ini pada Hasrul.BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul.Nota Cikgu: Gunakan perkataan 'kepada' untuk orang.Di dan pada
SALAH: Di masa rehat saya ke kantin.
BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin.Nota Cikgu: Perkataan 'pada' mewakili masa.C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

  • SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
  • BETULAdik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.
  • SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
  • BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.
  • SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah
  • BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.
  • SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia
  • BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.
  • SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.
  • BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.
  • SALAH: Apakah nama kamu?
  • BETUL: Siapakah nama kamu?
D. Tanda baca
Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

  • SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.
  • BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano,dan dram.
tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul

  • SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu.
  • BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak,"jerit polis kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat

  • SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu?
  • BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu?
  • SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.
  • BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.
E. Imbuhan
Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"

  • SALAH: Masukkan buku ini didalam beg.
  • BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg.
  • SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.
  • BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.
Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"

  • SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat.
  • BETUL: Masakan ibu sungguh lazat.
  • SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari.
  • BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan

  • SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakanibu bapanya.
  • BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan